Site icon TechNave BM

Sony mungkin akan melancarkan telefon pintar bernama Xperia Pro-1

Sony bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran untuk telefon Xperia pada hari ini, namun mereka masih belum mengesahkan sebarang maklumat untuk peranti tersebut. Kini terdapat maklumat awal mengatakan telefon itu mungkin akan bernama Xperia Pro-1 dan ia bakal ditujukan kepada golongan media profesional.

Telefon tersebut mempunyai rekaan panjang yang sinonim dengan telefon Xperia, namun dilengkapi modul kamera yang agak unik di belakang. Kamera tersebut dikhabarkan akan menggunakan sistem dwi-apertur (dual aperture) yang mempunyai nilai f/2.0 dan f/4.0. Selain itu, ia juga akan mempunyai pelbagai fungsi khas untuk fotografi.

Telefon ini mungkin bakal menjadi penyambung kepada Xperia Pro yang diperkenalkan pada tahun lepas, di mana ia menampilkan spesifikasi khas untuk pekerja media profesional seperti rakaman 4K HDR OLED, port HDMI, empat antena 5G mmWave untuk siaran langsung 4K serta badan yang tahan lasak. Ia diperkenalkan pada harga USD2,500 (~RM10,000).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version