Site icon TechNave BM

Sony mungkin lancarkan sensor kamera 1 inci untuk telefon, bakal terdapat dalam HUAWEI P50

Sony mungkin akan melancarkan sensor kamera telefon pintar IMX800 yang berukuran 1 inci dan telefon andalan HUAWEI P50 dikatakan bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi sensor tersebut. Jika ia benar, ini bakal menjadi sensor kamera telefon yang terbesar setakat ini selepas Lumix CM1 pada 2014.

Menurut sumber, sensor IMX800 mungkin akan dilancar pada bulan April. Beliau turut berkongsi modul kamera yang mungkin terdapat dalam varian HUAWEI P50 iaitu P50, P50 Pro dan P50 Pro+.

Sumber turut meramal bahawa HUAWEI akan kekal dengan lensa 50MP dengan filter RYYB.

Telefon andalan HUAWEI sebelum ini, P40 Pro dan Mate 40 Pro, dilengkapi sensor kamera Sony IMX700 yang berukuran 1/1.28 inci. Jika sensor IMX800 mempunyai ukuran 1 inci, ia bakal menghasilkan mutu gambar mirip kamera digital Sony yang bertaraf premium seperti RX100 dan RX1.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version