Site icon TechNave BM

Sony patenkan alat pengimbas 3D yang boleh salin objek fizikal untuk dimasukkan dalam realiti maya

Sony telah mendaftarkan paten baharu untuk sebuah alat pengimbas 3D yang boleh mengimbas reka bentuk objek fizikal dan menyalin objek itu untuk dimasukkan ke dalam alam maya (virtual reality). Pada asalnya, paten tersebut telah didaftarkan pada bulan Jun 2021 namun pejabat pendaftaran paten memerlukan Sony untuk mendaftarkannya semula.

Dokumen paten itu menunjukkan bahawa pengimbas 3D tersebut boleh meletakkan objek ke dalam realiti maya, game atau menggabungkan suasana sebenar dengan realiti maya. Pengguna bukan sahaja boleh mengimbas objek kecil, malah objek yang besar seperti lampu.

Baru-baru ini, Sony telah melancarkan set kepala PlayStation VR2 untuk permainan dalam realiti maya dan alat pengimbas ini mungkin bakal menjadi aksesori kepada produk tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gamerant

Exit mobile version