Site icon TechNave BM

Sony perkenalkan fon kepala versi terhad, WH-1000XM4 Silent White, berharga RM1,799

Terbaru, Sony telah melancarkan versi terhad untuk fon kepala kegemaran ramai iaitu Sony WH-1000XM4 Silent White. Silent White ini merujuk kepada warna putih yang baru pada siri peranti ini. Pelancaran produk terhad ini adalah bertepatan dengan ulang tahun Sony ke-75 pada bulan hadapan.

Fon kepala WH-1000XM4 Silent White masih lagi mengekal semua ciri-ciri yang ada pada WH-1000XM4 versi biasa. Perbezaannya hanyalah pada segi luaran sahaja. Semua aksesori fon kepala termasuklah bekas simpan dan wayar juga berwarna putih.

WH-1000XM4 digemari oleh peminat gajet seluruh dunia kerana prestasi pembatalan hingar aktif yang bagus. Selain itu, ia juga mampu bertahan selama 30 jam dengan bateri yang penuh. Ia adalah fon kepala wayarles yang terlaris dari Sony sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

WH-1000XM4 Silent White ini akan mula dijual di Malaysia pada bulan Mei ini. Ia akan dijual di Sony Store KLCC, Sony Store The Curve dan Sony Store Online dengan bilangan unit yang terhad. Harga peranti ini adalah RM1,799.

Nantikan berita baru mengenai peranti Sony di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version