Site icon TechNave BM

Sony PlayStation mengadakan jualan ‘Spring Sale 2020’, 1 April hingga 28 April

Anda kini memiliki masa yang lapang dan ada gaji dalam bank? Inilah masa terbaik untuk membeli beberapa game dalam Sony PlayStation Store. Sony telah membuat pengumuman melalui sebuah siaran di blognya tentang jualan Spring Sale untuk tahun 2020, dengan lebih daripada 300 game dan diskaun sehingga 85%.

Terdapat pelbagai game menarik untuk dipilih seperti pakej Far Cry 5 dan Far Cry New Dawn berharga RM126.80, Hitman 2 berharga RM101.60, Ni No Kuni II berharga RM63.25, Borderlands 3 Deluxe Edition berharga RM169 dan banyak lagi. Anda boleh menyemak di PS Store pada PS4 anda untuk melihat tawaran dan diskaun lain atau klik pada senarai di laman ini.

Jualan ini akan bermula daripada 1 April hingga 28 April 2020 dengan tawaran diskaun kepada pelbagai game yang bakal dikemas kini pada 15 April 2020. Jika anda melihat game yang anda ingin memiliki tidak mempunyai diskaun, anda boleh menunggu sehingga kemas kininya. Terdapat beberapa lagi game yang boleh didapati dan kami berharap agar anda dapat menjemput rakan anda dalan sesi co-op.

Anda berminat dengan game di atas? Game apakah yang dimainkan oleh anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version