Site icon TechNave BM

Sony PS5 DualSense Edge, konsol wayarles baharu bakal dilancar secara global pada harga RM999

Hari ini, Sony PlayStation (PS) mengumumkan konsol wayarles DualSense Edge baharu yang merupakan konsol boleh suai pertama untuk dikeluarkan pada 26 Januari 2023. Harga yang disyorkan untuk pasaran Malaysia adalah RM999.

Terdapat beberapa ciri baharu jika dibandingkan dengan DualSense semasa seperti susunan semula butang, sensitiviti dan pencetus (trigger) kayu penalaan halus, pertukaran antara profil kawalan berbilang dan antara muka pengguna pada pengawal yang unik. 

Selain itu, anda boleh menukar tiga set penutup dan dua set butang belakang pada konsol wayarles DualSense Edge. Seperti biasa, penyambung USB akan disertakan dalam kotak untuk pengecasan.

Anda boleh mendapatkan cap tambahan, butang belakang dan sekiranya anda ingin mendapatkan modul kayu yang boleh diganti, ia boleh didapati pada tarikh yang sama pada harga RM99.

Berikut adalah senarai terperinci barangan yang disertakan dalam kotak:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Blog PlayStation

Exit mobile version