Site icon TechNave BM

Sony SRS-NB10 dilancar di Malaysia: Pembesar suara boleh dipakai di leher berharga RM599

Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan sebuah produk audio yang sangat unik iaitu Sony SRS-NB10, sebuah pembesar suara yang boleh dipakai di leher. Sony mengatakan produk ini direka khas untuk panggilan video di mana ia turut dilengkapi mikrofon untuk merekod percakapan pengguna.

Mikrofonnya dilengkapi Precise Voice Pickup Technology yang mengurangkan gema serta bunyi hingar di sekeliling pengguna. Pembesar suaranya pula boleh menghalakan audio ke atas agar pengguna boleh mendengarnya dengan jelas, walaupun pada kelantangan (volume) rendah.

Beberapa butang fizikal pada produk ini boleh digunakan untuk mengawal kelantangan audio, mematikan mikrofon dan memainkan muzik. Baterinya boleh berfungsi selama 20 jam dengan pengecasan penuh, manakala pengecasan 10 minit boleh mengoperasikan gajet ini selama sejam.

SRS-NB10 turut mempunyai rating kalis percikan air IPX4 dan boleh dihubungkan secara Bluetooth kepada televisyen, telefon pintar atau pemain muzik. Ia akan dijual di Malaysia bermula Januari 2022 pada harga RM599.

Layari laman web Sony untuk maklumat lanjut tentang produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version