Site icon TechNave BM

Sony tangguhkan pelancaran PlayStation 5 yang dijadualkan pada 4 Jun

Sony telah mengumumkan di Twitter bahawa syarikat elektronik tersebut akan menangguhkan majlis pelancaran PlayStation 5 (PS5) yang dijadualkan pada Khamis, 4 Jun.

Dalam ciapan tersebut, Sony mengatakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk meraikan kedatangan konsol baru, mereka ingin ‘mengambil langkah ke belakang dan membenarkan lebih banyak suara penting untuk didengari.’

Ini dipercayai merujuk kepada rusuhan besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) susulan daripada pembunuhan George Floyd oleh seorang anggota polis di Minneapolis. Pelbagai syarikat swasta, termasuk Google, kini telah menyuarakan suara mereka terhadap golongan minoriti yang tertindas oleh tindakan keterlaluan polis di AS.

Beritahu kami pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version