Site icon TechNave BM

Sony tidak akan menghasilkan kamera DSLR pada masa hadapan

Sony merupakan antara syarikat kamera ternama di dunia, dengan kamera Sony Alpha yang telah membawa teknologi kamera tanpa cermin (mirrorless) ke tahap yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, penggemar fotografi mungkin akan merindui kamera DSLR oleh Sony kerana Sony dilihat tidak akan lagi menawarkan kamera tersebut.

Menurut sumber, kamera DSLR Sony seperti A68, A99 II dan A77 II telah dibuang daripada laman web Sony dan tidak lagi boleh didapati dalam pengedar pihak ketiga. Sony masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini, namun ia sudah boleh dijangka memandangkan kamera DSLR terakhir yang dilancar oleh Sony adalah A99 II pada 2016.

Sejak 2017, Sony telah mengkhususkan teknologi kamera tanpa cermin untuk sensor full-frame dana APS-C, dengan model seperti A7, A7R, A7S, A7C, A1 dan A6400. Jenama kamera lain juga telah membina model kamera tanpa cermin mereka sendiri, seperti Canon EOS R5.

Adakah anda merupakan pengguna kamera DSLR Sony? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version