Site icon TechNave BM

Sony umum soundbar mesra dompet HT-S20R

Sony mengumumkan produk soundbar terbarunya, HT-S20R, dilengkapi dengan teknologi Dolby® Digital melalui saluran audio 5.1 untuk memberikan bunyi yang lebih bermutu tinggi daripada televisyen anda. Walaupun ia menampilkan pelbagai teknologi canggih, Sony mengatakan bahawa soundbar baru ini akan dijual dengan harga yang berpatutan.

Sistem soundbar yang terdiri daripada satu soundbar, satu subwoofer dan dua pembesar suara ini tidak memerlukan banyak kabel untuk menghubungkannya dengan televisyen kerana ia dilengkapi HDMI ARC, membolehkan sambungan dengan satu kabel sahaja. Namun buat televisyen yang tidak mempunyai sambungan HDMI, ia masih memerlukan input optikal atau analog.

Pengguna boleh pilih daripada empat mod operasi iaitu Auto, Standard, Cinema dan Music. Buat penggemar muzik pula, anda boleh menghubungkan soundbar ini dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau pemacu USB anda melalui penghubung USB.

Soundbar ini akan terdapat di pasaran bermula Jun 2020. Kongsi pendapat anda tentang soundbar terbaru dari Sony ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version