Site icon TechNave BM

Sony umumkan acara PlayStation 5 pada 16 September

Sony bakal menganjurkan acara digital khas untuk PlayStation 5 (PS5) pada Rabu, 16 September jam 1:00pm PDT (Khamis 17 September, 4:00 pagi waktu Malaysia). Sony mengatakan acara yang berlangsung selama 40 minit itu akan menunjukkan kemas kini game terbaru yang akan dilancarkan di samping konsol tersebut.

Selain itu, besar kemungkinan harga dan tarikh penjualan PS5 akan diumumkan dalam acara itu. Ini adalah kerana Microsoft sudah pun mendedahkan harga untuk Xbox Series X pada minggu lepas.

Acara ini akan disiarkan secara langsung di Twitch dan YouTube Sony PlayStation. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version