Site icon TechNave BM

Sony umumkan alat kawalan untuk PlayStation 5 VR dengan pengesan jari

Terkini, Sony telah mendedahkan kehadiran alat kawalan untuk PlayStation 5 VR yang kelihatan unik. Alat kawalan atau controller ini hadir dengan reka bentuk ergonomik berbentuk seperti sfera. Ketua di platform pengurusan dan perancangan PlayStation Hideaki Nishino menyatakan bahawa alat kawalan ini akan dihantar ke pembangun untuk diuji.

Alat kawalan VR ini menampilkan ciri teknologi Adaptive trigger yang sama pada alat kawalan DualSense PS5. Ia juga memiliki maklum balas haptik dan pengesan sentuhan jari yang membenarkan pengesanan jari tanpa memerlukan pemain untuk menekan kawasan tertentu. Pengesan ini akan mengesan dimana pemain meletakkan ibu jari, jari telunjuk atau jari tengah. Menurut Nishino, pemain boleh melakukan gerakan jari yang lebih semulajadi dan selesa semasa permainan berlangsung.

Sebagai tambahan, alat kawalan ini juga akan memiliki penjejakan kepada set kepala VR Sony baharu melalui cecincin di bawah alat kawalan. Setakat ini, set kepala VR masih belum berada di pasaran kerana ia dijangka hadir seawal tahun 2022.

Apakah pandangan anda mengenai alat kawalan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version