Site icon TechNave BM

Sony umumkan PlayStation 5 dan Playstation 5 Digital dengan rekaan memukau

Sony baru sahaja memperlihatkan rekaan PlayStation 5 (PS5) melalui sebuah acara pengenalan permainan PS5. Walaupun harganya masih tidak diumumkan lagi seperti yang dinyatakan sebelum ini, namun warganet kelihatan berpuas hati dengan rekaan Sony PS5 terbaru ini.

Sony mengumumkan PS5 dengan dua varian iaitu PlayStation 5 standard dengan kehadiran pemacu cakera (disc drive) dan PlayStation 5 Digital. Kelihatannya, PS5 Digital bakal memberi kemudahan untuk pengguna yang gemar memuat turun game secara digital. Harga di antara kedua-dua varian juga mungkin berbeza.

Rekaan di antara kedua-dua adalah sama melainkan kewujudan ruang untuk mengeluarkan cakera pada PlayStation 5 standard. Menurut kami, Sony berjaya mencapai kemahuannya untuk mewujudkan konsol yang lebih bergaya berbanding konsol sebelumnya. Apa pun, Sony masih belum mengumumkan harga untuk peranti gaming baru ini melainkan Amazon ada menyenaraikan harga jangkaan pada lamannya.

Ikuti kami untuk berita senarai game yang diperkenalkan untuk PS5 dan baca artikel mengenai PS5 disini! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version