Site icon TechNave BM

Sony umumkan projek dron kamera bernama Airpeak

Sony Corporation hari ini mengumumkan Airpeak, sebuah perusahaan terbaru daripada syarikat konglomerat Jepun itu ke dalam industri dron dan robotik AI. Melalui projek ini, Airpeak bertujuan untuk membantu pencipta video dan industri hiburan dalam menyediakan dron yang boleh menzahirkan wawasan mereka.

Sony juga mengatakan Airpeak akan mengkhususkan dron dengan tahap keselamatan tertinggi serta ketahanan dalam persekitaran yang tidak boleh dicapai oleh dron terkini. Setakat ini jenama tersebut masih belum mengeluarkan maklumat rasmi untuk sebarang produk, namun projek tersebut akan melancarkan sesuatu pada musim bunga 2021.

Airpeak akan bekerjasama dengan rakan kongsi profesional demi membangunkan jenama itu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dron daripada Sony dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sony

Exit mobile version