Site icon TechNave BM

Sony WF-1000XM5 diperakui FCC, mungkin dilancar tidak lama lagi

Selalunya, Sony akan melancarkan fon kepala dan fon telinga Bluetooth setiap dua tahun. Kini, sudah hampir tiba masanya untuk fon telinga wayarles WF-1000XM5 menggantikan model terdahulu, WF-1000XM4 dari 2021. 

Fon telinga itu telah diperakui oleh FCC baru-baru ini. Beberapa imej telah didedahkan menunjukkan set kali ini lebih padat dan kecil model sebelum ini. Dalam sarungnya pula, anda boleh melihat bahawa Sony telah beralih kepada dua pin dan bukannya tiga untuk mengecas set telinga. Sarungnya kelihatan seperti plastik matte yang sama pada M4. 

Sarung ini dinilai untuk 5V 230mAh iaitu lebih daripada penarafan 5V 140mAh yang dimiliki oleh sarung M4. Dengan saiz fon telinga yang semakin kecil, kami menjangkakan sarungnya juga akan menjadi lebih kecil sambil pengecasan yang lebih pantas berwayar dan wayarles. Lampu LED kecil juga telah beralih daripada dalam sarung ke hadapan.

WF-1000XM5 akan dibangunkan di China dan pelancaran peranti ini dijangk akan diumumkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  The Walkmanblog

Exit mobile version