Site icon TechNave BM

SONY WH-1000XM4 diumumkan: Fon kepala pembatalan hingar wayarles premium mantap berharga RM1,599

Jika anda masih mengingati fon kepala SONY WH-1000XM3 terdahulu yang dikatakan sebagai salah satu fon kepala dengan ciri pembatalan hingar yang baik, kini SONY telah melancarkan peolopor seterusnya, SONY WH-1000XM4 dengan prestasi yang lebih baik.

SONY WH-1000XM4 menyediakan ciri pembatalan hingar dengan kualiti audio yang mengagumkan. Teknologi pembatalan hingar yang digunakan adalah berdasarkan HD Noise Cancelling Processor QN1, dwi-sensor hingar, dua mikrofon pada kedua-dua belah kanan dan kiri. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, ciri Adaptive Sound Control membenarkan fon kepala mengubah suai tetapan bunyi ambien berdasarkan kesesuaian situasi dan tempat anda. Dengan kesemua ciri yang dinyatakan di atas, fon kepala ini menyediakan pengalaman premium untuk anda menikmati pengalaman yang lebih baik setanding dengan harganya.

SONY WH-1000XM4 dipaparkan dengan harga RM1,599 di pasaran Malaysia. Ia bakal mula dijual pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Anda boleh ke laman web rasmi SONY untuk maklumat lanjut mengenainya.

Adakah anda peminat fon kepala SONY premium ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version