Site icon TechNave BM

Sony WH-1000XM5 dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan ANC berharga RM1,799

Bagi mereka yang inginkan fon telinga dengan kualiti audio yang baik, Sony WH-1000XM5 akhirnya telah masuk ke pasaran Malaysia. Reka bentuk baharu dan beberapa ciri telah dipertingkatkan dengan membawa harga RM1,799.

Kebanyakan pengguna lebih gemar memakai fon telinga wayarles atau dengan erti kata lain, hanya bergantung pada sambungan Bluetooth. Sony telah memberikan peminat reka bentuk baharu yang lebih ergonomik.

Selain itu, WH-1000XM5 menggunakan dua pemproses untuk mengawal lapan mikrofon berfungsi dalam mengurangkan hingar terutamanya dalam julat frekuensi pertengahan tinggi dan pengoptimum auto NC yang mengoptimumkan pembatalan hingar secara automatik. Pemproses bersepadu V1 baharu dipasangkan dengan pemproses pembatalan bunyi HD QN1 untuk pengalaman mendengar yang lebih mengasyikkan.

Anda mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Pra-pesanan bermula sekarang sehingga 5 Jun 2022 dan anda boleh mendapatkan beg galas STM Myth 18L bernilai RM399 secara percuma. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version