Site icon TechNave BM

Sony WI-1000XM2 kini boleh di dapati di Malaysia pada harga RM1299

Sony mengumumkan headphone Neckband Noise-Cancelling wayarles
W1-1000XM2 sudah pun berada di Malaysia secara rasmi dengan harga RM1299. Dari segi warna, ianya didatangi dengan dua warna yang berbeza iaitu hitam dan putih.

Ciri-ciri headphone ini dilengkapi dengan Processor QN1 HD Noise Cancelling dimana ianya mampu menghalang bunyi bising. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Teknologi Pengoptimuman Tekanan Atmosfera yang membantu anda menikmati muzik dengan jelas dan sempurna walaupun semasa berada didalam penerbangan.

Dari segi berat dan jangka hayat bateri, Sony WI-1000XM2 mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan walaupun beratnya hanya kira-kira 58g. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai headphone ini boleh terus ke laman rasmi Sony.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Sony WI-1000XM2? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita seperti ini.

Exit mobile version