Site icon TechNave BM

Sony, Xiaomi dan OnePlus akan berucap dalam pelancaran cipset Qualcomm Snapdragon 875

Qualcomm telah pun mengesahkan bahawa acara 2020 Qualcomm Snapdragon Technology Summit akan diadakan pada 1 Disember ini, di mana cipset flagship baru Snapdragon 875 dijangka akan turut dilancar. Setakat ini masih tiada maklumat tentang jenama telefon mana yang akan dilengkapi cipset tersebut, namun berdasarkan senarai tetamu khas, kita boleh mengagak telefon pertama yang dilengkapi Snapdragon 875.

Turut memberikan ucapan pada acara tersebut adalah CEO Xiaomi Group Lei Jun, Presiden Sony Mobile Communications Mitsuya Kishida, CMO OnePlus Kyle Kiang dan beberapa tetamu lain dari Verizon dan NTT DOCOMO. Walaupun mereka tidak melancarkan telefon baru dalam acara itu, besar kemungkinan telefon-telefon pertama yang akan dilengkapi Snapdragon 875 adalah Xiaomi, Sony dan OnePlus.

Lei Jun akan membentangkan tentang pembangunan produk baru dan kerjasama Xiaomi-Qualcomm, manakala Nicki Palmer dan Mitsuya Kishida akan bercakap tentang pembangunan gaming dalam peranti-peranti mereka. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan lima telefon pintar yang dilengkapi Snapdragon 875 akan dilancar, termasuk pengecasan 100W.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Fix Guide

Exit mobile version