Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 II dengan Snapdragon 865, skrin OLED 4K, pra-tempah berharga ~RM5,213

Sony sebenarnya telah melancarkan Sony Xperia 1 II pada hujung Februari lalu, namun pemasaran dan keberadaannya di pasaran agak terganggu berikutan pandemik yang melanda. Peranti berjenama legenda ini masih mendapat tempat di hati peminat. Peranti 5G Sony yang hadir dengan skrin OLED 4K ini dilaporkan muncul dengan harga pra-tempah di sebuah laman web pengedar sah Sony di Amerika Syarikat (AS).

Melalui laman web tersebut, harga pra-tempah Sony Xperia 1 II berharga $1,198 (lebih kurang ~RM5,213). Harga sedemikian adalah untuk peranti bervarian unlocked (peranti yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat telco). Sepintas lalu, peranti ini dikuasai Snapdragon 865 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan wayarles. Lebih menarik, ia dihuni paparan agung OLED Sony 21:9 4K HDR.

Kami pernah memaklumkan tentang Sony Xperia 1 II dilengkapi fungsi fotografi yang terdapat dalam kamera Sony Alpha. Anda boleh melihat spesifikasinya dengan lebih lanjut melalui pautan ini. Persoalannya, adakah anda merupakan pengguna teknologi yang rela mengeluarkan belanja untuk menjamu mata dengan peranti flagship berskrin OLED 4K dan kamera berprestasinya?

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi berkenaan keberadaannya di Malaysia. Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version