Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 II dilengkapi fungsi fotografi yang terdapat dalam kamera Sony Alpha

Sony telah melancarkan sebuah video yang mendemonstrasi kebolehan fotografi dalam telefon pintar Xperia 1 II, ditunjukkan oleh ahli fotografi dan wartawan profesional Nick Didlick. Antara daya penarik utama peranti ini ialah bagaimana ia membawa pelbagai fungsi daripada kamera Sony Alpha α9 ke dalam sebuah telefon.

Sistem antara muka (user interface, UI) yang terdapat dalam Xperia 1 II mirip UI yang terdapat dalam Sony α9 agar ia boleh digunakan seperti kamera sebenar. Di situ pengguna boleh mengubah tetapan dengan mudah seperti ISO, shutter speed, white balance, exposure value dan lain-lain. Pengguna juga boleh mengambil gambar sehingga 20 gambar sesaat.

Selain itu, teknologi jejakan auto-fokus mata yang diperkenalkan dalam Sony α9 juga akan memudahkan pengguna untuk mengekalkan fokus terhadap subjek mereka, di mana Xperia 1 II akan mengekalkan fokus terhadap mata yang berada dalam frame.

Mungkin yang paling menarik daripada segi luaran adalah sebuah butang shutter khas yang didedikasikan untuk mengambil gambar, agar pengguna boleh mengambil gambar seperti mengoperasi kamera sebenar dan jari mereka tidak menghalang mereka daripada melihat skrin sepenuhnya.

Namun, masih tidak diketahui bilakah Xperia 1 II akan dipasarkan di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version