Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 II mungkin boleh didapati bermula April 2020

Pada Februari lalu, Sony telah mengumumkan telefon pintar Xperia 1 II, sebuah peranti flagship yang dilengkapi cipset Snapdragon 865 5G, paparan OLED 4K HDR 6.5 inci dan empat kamera dengan kebolehan fotografi daripada Sony Alpha.

Pada waktu itu, Sony hanya mengatakan Xperia 1 II akan mula dijual pada musim bunga. Kini terdapat maklumat bahawa Sony akan mula memasarkannya pada hujung April ini.

Maklumat tersebut datang daripada akaun Twitter rasmi Sony Sepanyol yang mengesahkan telefon tersebut boleh didapati pada hujung bulan ini. Masih tidak pasti jika tarikh yang sama juga akan terpakai untuk pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat untuk memiliki telefon flagship terbaru daripada Sony? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version