Site icon TechNave BM

Sony Xperia 1 IV mungkin akan dilancar pada 11 Mei 2022

Sony mungkin akan melancarkan telefon pintar andalan terbaharu, Sony Xperia 1 IV, pada hari Rabu, 11 Mei 2022 jam 4:00 petang waktu Jepun (3:00 petang waktu Malaysia). Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman YouTube Sony Xperia.

Ini adalah berdasarkan sebuah pengumuman daripada Sony bahawa mereka akan mengumumkan produk Xperia baharu pada tarikh tersebut. Walaupun mereka belum menyatakan nama produk yang akan dilancar secara rasmi, kita boleh andaikan ia adalah Xperia 1 IV kerana ini adalah waktu pelancaran serupa untuk Xperia 1 lepas.

Setakat ini, beberapa spesifikasi telah pun tertiris untuk telefon ini. Ia bakal mempunyai skrin 6.5 inci dengan nisbah aspek 21:9, empat kamera di belakang, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xperia 1 terbaharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version