Pada Mei 2025, Sony telah memperkenalkan Xperia 1 VII, namun ketika itu harganya masih belum diumumkan. Telefon pintar ini sepatutnya dilancarkan di Malaysia sekitar pertengahan Julai, tetapi ia hanya dilancarkan secara senyap pada hari ini menerusi laman web rasmi Sony Malaysia pada harga RM6,499.
Melalui laman web rasmi, pelanggan boleh menikmati kelebihan pelancaran eksklusif seperti penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM100, pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dan ganjaran MySony Rewards (1 mata bagi setiap RM1 dibelanjakan, kecuali produk PlayStation). Tambahan lagi, pengguna juga mendapat akses kepada 17 pusat servis Sony di seluruh negara.
Xperia 1 VII ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Moss Green, Orchid Purple dan Slate Black. Tawaran paling menarik ialah hadiah percuma fon kepala wayarles premium Sony WH-1000XM6 bernilai RM2,099 yang diiktiraf sebagai antara fon kepala terbaik di pasaran ketika ini.
Direka untuk pencipta kandungan, penggemar filem dan pengguna berkuasa, Xperia 1 VII menggabungkan teknologi kamera canggih dengan prestasi dipacu AI dalam rekaan minimalis ikonik Sony. Ia menampilkan sensor ultra-lebar baharu untuk rakaman sinematik dan landskap luas, manakala enjin AI eksklusif Xperia Intelligence membantu menyesuaikan pencahayaan, pergerakan, dan subjek secara pintar.
Spesifikasi rasmi Xperia 1 VII:
- Cipset Snapdragon 8 Elite
- 12GB RAM + 256GB storan UFS (boleh ditambah sehingga 2TB)
- Skrin 6.5-inci FHD+ OLED, 120Hz refresh rate
- Kamera belakang: 52MP (utama) + 12MP (telefoto) + 50MP (ultra-lebar)
- Kamera hadapan: 12MP
- Ciri: Teknologi BRAVIA + Sunlight Vision, Gorilla Glass Victus 2 (depan) + Victus gen-1 (belakang), lensa Zeiss dengan panjang fokus 244mm dan apertur f/1.9, Xperia Intelligence untuk imej dipertingkat AI, jack audio 3.5mm, ketahanan IP-rated
- Bateri 5000mAh dengan jangka hayat 2 hari
- Android 15 dengan 4 tahun kemas kini OS + 6 tahun patch keselamatan
Xperia 1 VII kini boleh didapati melalui Sony Store Online Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

