Site icon TechNave BM

Sony Xperia 10 II diumumkan di Malaysia – Kelas pertengahan dengan skrin OLED berharga RM1,799

Terkini, Sony mengumumkan kehadiran peranti kelas pertengahan Xperia 10 II sebagai salah satu barisan telefon pintar memfokuskan hiburan. Seiring dengan fokusnya, ia menampilkan ciri teknologi yang bersesuaian untuk prestasi hiburan.

Xperia 10 II hadir dengan paparan lebar 6 inci 21:9 Full HD+ OLED dengan litupan Corning Gorilla Glass 6. Apa yang menariknya, skrin OLED berkualiti tinggi ini merupakan skrin bernama TRILUMINOS yang sama seperti skrin pada TV BRAVIA. Menurut Sony, skrin ini mampu memaparkan tontonan OLED yang berkualiti tinggi.

Peranti seringan 151g ini dioperasikan cipset Snapdragon 665, lengkap dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Antara ciri lainnya adalah bateri 3600mAh, kewujudan bicu audio 3.5mm dan IP65/IP68 tahan air dan habuk.

Berkenaan kamera, ia tampil dengan tetapan tiga kamera utama 12MP + 8MP + 8MP bersama kamera selfie 8MP. Kamera utamanya terdiri daripada lensa ultra lebar 16mm dan 26mm lensa ultra lebar, serta 52mm lensa telefoto. Ciri fotografinya yang hadir termasuklah ‘Night Mode’ dan kualiti video 4K untuk video. Untuk pengetahuan anda, Xperia 10 II hadir dengan pilihan warna Hitam, Kelabu, Mint dan Biru.

Anda boleh memilikinya pada harga RM1,799 bermula Julai 2020 di Sony Stores KLCC dan The Curve, Sony Store Online, Sony Lazada dan pengedar sah Sony. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Sony. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version