Site icon TechNave BM

Sony Xperia 10 III dilancar: Snapdragon 690, OLED 6 inci, bateri 4,500mAh, tiga kamera

Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 III dan Xperia 5 III pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Xperia 10 III. Telefon ini dilengkapi cipset yang lebih rendah sedikit iaitu Snapdragon 690 namun ia masih menyokong rangkaian 5G.

Xperia 10 III dilengkapi spesifikasi yang lebih sesuai untuk kebanyakan pengguna, dengan skrin OLED HDR Full HD+ 21:9 berukuran 6 inci, bateri 4,500mAh serta tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP dengan jarak fokal 54mm.

Kamera Xperia 10 III mampu mengambil gambar sebanyak 10 gambar sesaat, mod Auto HDR, rakaman 4K, penstabilan SteadyShot dan mampu mengesan jenis haiwan (animal detection), di mana ia mampu mengubah kelajuan shutter dan nilai ISO untuk gambar haiwan yang jelas.

Xperia 10 III mempunyai badan yang dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass 6, rating kalis air IP65-68, bicu audio 3.5mm dan pemacu audio DSEE Ultimate untuk meningkatkan kualiti audio yang dimainkan. Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam atau biru.

Sony Malaysia mengatakan telefon ini akan mula dijual pada bulan Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pertengahan Sony ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version