Site icon TechNave BM

Sony Xperia 10 IV diumum di Malaysia, percuma TWS dengan setiap tempahan berharga RM2,099

Hari ini, Sony Malaysia telah mengumumkan Xperia 10 IV dan pra-tempah telah pun bermula pada harga RM2,099. Kempen ini akan berlangsung selama sebulan sebelum dikeluarkan di kedai fizikal. Setiap pra-tempah disertakan dengan sepasang fon kepala WF-C500 Truly Wireless bernilai RM449.

Bagi mereka yang tidak tahu, Xperia 10 IV adalah peranti peringkat kelas pertengahan yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 695, RAM 6GB dan storan 128GB. Selain itu, peranti ini membawa paparan FHD+ OLED 6 inci dalam nisbah 21:9 dan menampilkan Corning Gorilla Glass Victus yang terkini. Kapasiti bateri yang dibawa adalah 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Di bahagian belakangnya terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 12MP yang disokong OIS, ultra lebar 8MP dan telefoto 8MP manakala kamera hadapannya adalah 8MP. Seperti barisan Xperia semasa yang lain, Xperia 10 IV mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Superior Mode Auto, Auto HDR, Night Mode,  Advanced Blur Reductiondan beberapa lagi.

Perlu dinyatakan bahawa telefon ini juga menyokong audio HiRes, kalis IP65/68, 360 Reality Audio dan menggunakan Android 12. Sony Malaysia menyatakan bahawa telefon ini sebagai peranti 5G yang paling ringan di dunia bersesuaian dengan harga yang ditetapkan. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook Sony Malaysia

Exit mobile version