Dilancarkan bersama-sama dengan Sony 1 V, Sony turut mengumumkan telefon segmen pertengahan terbaharunya iaitu Xperia 10 V. Ia adalah telefon pintar dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang paling ringan di dunia pada masa ini di pasaran. Sony Xperia 10 V mengekalkan cipset Snapdragon 695 serta pilihan memori 6GB atau 128GB.
Storan masih boleh dikembangkan dengan kad mikroSD. Paparannya menggunakan OLED 1080p 6.1 inci, segar semula skrin 60Hz dan dilindungi oleh Gorilla Glass Victus. Xperia 10 V didatangkan dengan sensor 48MP 1/2.0″ dengan piksel 0.8µm dan kanta f/1.8 serta penstabilan imej optikal (OIS).
Terdapat juga kamera telefoto 8MP dan ultralebar dengan apertur f/2.2. Kamera swafoto pula mempunyai sensor 8MP. Xperia 10 V dilengkapi bateri 5,000 mAh yang menjanjikan pengekalan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas tiga tahun digunakan. Ciri lain termasuk rintangan air dan habuk IP65/68, bicu audio 3.5mm dengan sokongan audio Hi-Res.
Terdapat juga satu set pembesar suara stereo menghadap ke hadapan. Xperia 10 V akan dijual pada harga €449 (~RM2,195). Namun, perlu diingat bahawa tempahan dan ketersediaan akan berbeza mengikut pasaran. Nantikan pengumuman rasmi daripada Sony tentang ketibaanya dalam pasaran tempatan.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

