Site icon TechNave BM

Sony Xperia 5 III dilancar di Malaysia: SD 888, OLED 120Hz, 3 kamera 12MP berharga RM4,599

Sony Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas andalan terbaru iaitu Sony Xperia 5 III yang dilengkapi pelbagai spesifikasi tercanggih seperti cipset Snapdragon 888 5G, skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan tiga kamera 12MP di belakang.

Ciri yang paling menarik pada telefon ini adalah pada kameranya yang direka khas untuk menyerupai antara muka (UI) dalam kamera Sony Alpha serta butang shutter khas untuk mengambil gambar. Ia menampilkan fungsi canggih seperti Continuous Autofocus (AF), Real-time Eye AF, Object Tracking dan kadar penggambaran 20 gambar sesaat.

Selain itu, Xperia 5 III turut dilengkapi aplikasi Photography Pro yang membenarkan pengguna untuk melaraskan pelbagai tetapan fotografi termasuklah ISO, shutter speed, apertur dan fungsi RAW. Bagi memudahkan pengguna untuk mengambil gambar dan video yang stabil, telefon ini mempunyai penstabilan Optical SteadyShot With FlawlessEye untuk mengurangkan getaran.

Untuk video pula, ia boleh merakam video 4K HDR pada kadar 120fps untuk efek gerak perlahan yang cantik. Aplikasi Cinematography Pro membenarkan pengguna untuk memilih lapan tona warna dalam rakaman video bagi menyesuaikannya dengan efek artistik yang diinginkan oleh pengguna.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xperia 5 III:

Pra-tempahan boleh dibuat di laman web Sony Malaysia dan akan dibuka sehingga 20 Disember 2021. Setiap pra-tempahan akan menerima sepasang fon telinga wayarles Sony WF-XB700 (bernilai RM549) secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version