Site icon TechNave BM

Sony Xperia 5 V bakal dilancar pada 1 September ini, beberapa spesifikasi muncul di Geekbench

Sony telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perdana telefon pintar baharunya, Sony Xperia 5 V pada 1 September 2023, jam 4 petang (waktu Jepun). Pengganti kepada Xperia 5 IV, syarikat itu mengeluarkan video promosi di YouTube mengenai pelancaran baru-baru ini.

Peranti Sony dengan kod XQ-DE54 yang mungkin Xperia 5 V telah muncul di Geekbench menunjukkan sedikit butiran seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, Android 13 dan RAM 8GB. Peranti ini ditunjukkan telah mencapai markah 2,004 untuk ujian tunggal dan 5,059 untuk ujian berbilang teras.

XQ-DE54 ini memberikan lebih banyak petunjuk bahawa ia adalah Sony Xperia 5 V jika dibandingkan dengan yang sebelum ini. Sebagai permulaan, Xperia 5 IV sebelum ini mempunyai beberapa tag model iaitu XQ-CQ44 untuk pasaran Jepun dan XQ-CQ54 untuk Amerika Syarikat dan SO-54C eksklusif untuk NTT Docomo.

Namun, seperti biasa, kami masih menunggu buiran seterusnya menjelan pelancaran peranti itu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version