Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Sony kini telah mengumumkan telefon pintar premium terbaharunya iaitu Sony Xperia 5 V. Peranti ini menampilkan sensor kamera Exmor T untuk mudah alih terbaharu yang terdapat pada Xperia 1 V.
Dalam satu kenyataan, Sony mendakwa bahawa sensor kamera yang disebutkan di atas boleh menangkap ekspresi manusia dengan tekstur kulit yang cantik. Selain itu, kameranya membolehkan pelbagai jenis penangkapan gambar seperti pemaparan bokeh lanjutan untuk tangkapan potret menggunakan.
Tambahan, terdapat pilihan pratetap warna untuk mencipta mood atau suasana pilihan pengguna. Sony Xperia 5 V dilengkapi dwi-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 1/1.35-inci 52MP yang dipasangkan dengan ultra-lebar 12MP 1/2.5-inci. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 12MP dengan sensor 1/2.9 inci.
Xperia 5 V dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 30W. Skrinnya menggunakan panel AMOLED 120Hz 6.1 inci dengan resolusi FHD+ dan nisbah bidang 21:9.
Spesifikasi penting lain termasuk slot kad mikroSD, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, dwi SIM, Bluetooth 5.3 dan Android 13 OS. Harga Xperia 5 V bermula pada harga EUR999 (~RM5,036) dan akan tersedia di pasaran pada akhir September. Sony Xperia 5 V kini telah diiklankan di halaman rasmi Sony Malaysia namun perlu menunggu sehingga ia dilancarkan secara rasmi.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

