Site icon TechNave BM

Sony Xperia 8 Lite dilancar, dilengkapi Snapdragon 630, dwi-kamera 12MP berharga ~RM1,169

Sony telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 8 Lite untuk pasaran Jepun. Telefon yang dilengkapi cipset Snapdragon 630 dan skrin LCD Triluminous Display berukuran 6 inci ini akan dijual pada harga JPY29,800 (~RM1,169).

Skrinnya yang dilindungi dengan Gorilla Glass 6 ini mempunyai resolusi Full HD+ dan nisbah aspek yang agak tinggi iaitu 21:9, serupa dengan Xperia 10 II. Jika bahagian kanan skin disentuh dua kali, sebuah menu Side Sense akan muncul untuk beri akses mudah kepada aplikasi dan tetapan.

Daripada segi kamera, Xperia 8 Lite mempunyai dwi-kamera 12MP f/1.8 dan 8MP f/2.4 yang boleh zum optikal 2x dan menyokong AI Scene Detection. Untuk kamera swafoto pula, ia mempunyai kamera 8MP f/2.0 yang berada pada sempadan bezel di atas skrin.

Xperia 8 Lite dilengkapi RAM 4GB, storan 64GB, bateri 2,870mAh, bicu audio 3.5 mm, pengimbas cap jari di bahagian sisi, rating kalis air IP65/68, NFC dan port USB-C. Walaupun ia hadir dengan Android 9, Sony mengatakan telefon ini bakal menerima Android 10 pada masa hadapan. Setakat ini telefon tersebut hanya akan ditawarkan dalam Jepun sahaja. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xperia Blog

Exit mobile version