Site icon TechNave BM

Sony Xperia Pro akhirnya bakal dilancar setelah setahun sudah diumum

Selain telefon andalan Sony Xperia 1 II yang dilancar pada tahun 2020, Sony ketika itu turut mengumumkan Sony Xperia Pro. Namun, Sony Xperia Pro masih tidak dilancar atau dijual di mana-mana pasaran. Sumber kini melaporkan bahawa Sony Xperia Pro mungkin bakal mula dilancar pada tahun ini.

Menurut sumber, pelayan Sony kini sudah mula membuka fail perisian tegar untuk Xperia Pro. Perkara ini menjadi tanda bahawa pelancarannya akal tiba tidak lama lagi. Apa pun, perisian tegar Xperia Pro yang muncul di pelayan Sony adalah berasaskan Android 10, bersama ciri sekuriti September 2020. Xperia Pro turut dijangka menyokong mmWve 5G.

Sepintas lalu, Xperia Pro bakal dilengkapi kekunci jalan pintas istimewa untuk membuka aplikasi yang anda mahu, rekaan antena 360 darjah, penyambung HDMI micro dan binaan badan yang lebih tahan lasak.

Sony Xperia Pro dijangka hanya hadir pada pasaran Amerika dan kami tidak mendapat maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia. Adakah peranti yang diumum pada 2020 masih relevan untuk dijual pada tahun 2021? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version