Site icon TechNave BM

Sony ZV-E1 diumum di Malaysia, kamera vlog dengan sensor bingkai penuh

Sony hari ini mengumumkan kamera vlog ZV-E1. Model baharu ini berada di bahagian atas barisan ZV dan merupakan kamera yang pertama menampilkan sensor bingkai penuh (full frame). ZV-E1 mempunyai sensor bingkai penuh 12MP yang sama yang terdapat pada A7S III dan FX3 serta 15+ pemberhentian julat dinamik.

Ia digandingkan bersama dengan pemproses imej BIONZ XR yang menghasilkan resolusi maksima pada 4K 60fps dengan 4:2:2 dan 10-bit, serta resolusi 4K 120fps yang dijanjikan sebagai sebahagian daripada kemas kini akan datang. Ia mempunyai satu slot kad SD dan port HDMI mini, namun ia tidak mempunyai pengurusan haba yang dipertingkat.

ZV-E1 hadir dengan nisbah aspek Cinemascope baharu yang meletakkan bar hitam di sekeliling bingkai 16:9 untuk mencipta imej 21:9 tanpa memerlukan sebarang pengeditan. Ia juga menampilkan pengecaman manusia AI yang membolehkan pelarasan apertur untuk memfokuskan manusia ketika merekod video.

Selain itu, terdapat pembingkaian automatik di mana kamera akan memotong (crop) imej untuk mengekalkan subjek dalam bingkai, Penstabil Pembingkaian dan Auto Mikrofon kearah pengesanan subjek bercakap semasa mereka bergerak. AF Pengecaman Masa Nyata yang dipertingkatkan boleh mengesan pelbagai subjek.

ZV-E1 juga termasuk penstabilan Mod Aktif Dinamik Sony yang baharu, yang 30% lebih berkesan daripada Mod Aktif standard untuk mengurangkan gegaran kamera dalam rakaman. Untuk harga dan ketersediaannya, kami masih menunggu kemas kini rasmi daripada Sony. Namun, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kamera ZV-E1 di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version