Site icon TechNave BM

Sony ZV-E10 II dilancar di Malaysia: Kamera APS-C dengan Exmor R CMOS 26MP, BIONZ XR bermula RM4,999

Sony Malaysia hari ini melancarkan generasi kedua dalam siri kamera vlogging ZV-E10 iaitu Sony ZV-E10 II. Ia merupakan sebuah kamera APS-C dengan lensa yang boleh ditukar dan disasarkan kepada pencipta kandungan yang kerap merakam video untuk dimuat naik ke media sosial.

Daripada segi spesifikasi, ZV-E10 II telah diperbaharui daripada ZV-E10 asal dengan sensor Exmor R CMOS 26MP yang dinaik taraf serta enjin pemprosesan imej BIONZ X terbaru. Kamera ini juga mempunyai tetapan Cinematic Vlog Setting untuk kualiti video yang nampak seperti filem, sistem antara muka (UI) yang boleh dipaparkan dalam skrin menegak dan bateri Sony Z NP-FZ100 yang tahan lebih lama, sehingga 195 minit.

Cinematic Vlog Setting akan melaraskan nisbah aspek (aspect ratio), kadar bingkai (frame rate) dan kelajuan penukaran autofokus (AF transition speed) secara automatik kepada tetapan yang optimal untuk video yang nampak sinematik.

Untuk merakam kandungan video dengan tema yang spesifik, kamera ini mempunyai sepuluh pilihan Creative Look iaitu Standard (ST), Portrait (PT), Neutral (NT), Vivid (VV), Vivid 2 (VV2), Film (FL), Instant (IN), Soft Highkey (SH), Black & White (BW) dan Sepia (SE). Ia boleh dilaraskan lagi dengan lapan parameter tambahan dan pengguna boleh simpan enam gaya rakaman khas ke dalam kamera.

Pengguna juga boleh memilih salah satu daripada lima “Looks” seperti S-Cinetone yang mencerahkan tona kulit, serta salah satu daripada empat “Moods” yang mengkhususkan warna-warna spesifik bagi menyerlahkan ekspresi kreatif yang paling tinggi.

Apabila kamera ini diputar 90° untuk merakam video menegak (vertical video), UI yang dipaparkan pada skrinnya akan turut berputar 90° bagi memudahkan rakaman dalam format tersebut.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ZV-E10 II:

Sony ZV-E10 II boleh dibeli dengan badannya sahaja pada harga RM4,999, atau bersama dengan lensa kit E PZ 16-50mm F3.5-5.6 OSS II pada harga RM5,199. Setiap pembelian akan disertakan dengan kad memori 64GB dan bateri NP-FZ100.

Selain itu, anda juga boleh mendapat potongan harga sehingga RM100 untuk pembelian lensa Sony terpilih, jika anda membeli kamera ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version