Site icon TechNave BM

sooka tambah 5 lagi saluran percuma dalam perkhidmatan strimnya

sooka iaitu aplikasi penstriman hiburan tempatan Malaysia kini telah mengembangkan lagi tawarannya dengan lima lagi saluran TV penstriman percuma yang disokong iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) menjadikan jumlah keseluruhan saluran FAST di sooka kepada 10.

Saluran FAST ditawarkan tanpa kos tambahan untuk tontonan para pelanggan sooka melalui TV pintar atau peranti mudah alih. Buat masa sekarang, sooka mempunyai 5 saluran FAST iaitu K-Popcorn, ESTV, CarbonTV, TAYO+ dan Gusto TV. Lima saluran FAST baharu di sooka adalah Bollywood Prime, YRF Music, INFAMOUS TV, Tastemade dan EDGESport.

Pelanggan yang berminat boleh menonton sepuluh saluran baharu ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka dan jika menginginkan kandungan premium, anda mempunyai pelan pilihan seperti Entertainment, Sports & Entertainment dan sooka TV masing-masing pada harga RM15.90, RM34.90 dan RM62.90 sebulan. 

Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store dan Samsung, LG, Sharp serta Android TV terpilih dengan versi 8 dan ke atas. Semua pelan langganan sooka adalah tanpa kontrak serta tanpa komitmen.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version