Site icon TechNave BM

sooka TV Stick dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM349

Astro hari ini telah melancarkan sooka TV Stick. Ini membolehkan pelanggan baharu dan sedia ada menikmati kandungan sooka pada skrin TV dan bukannya peranti mudah alih. sooka TV Stick baharu dikuasakan oleh Android TV, menyokong penstriman kandungan sehingga resolusi 4K dan audio Dolby Atmos.

Ia direka bentuk untuk kemudahan penggunaan dengan membolehkan pengguna hanya memasangkan peranti ke port HDMI TV dan segera menikmati perkhidmatan platform selepas menyambung ke internet. sooka TV Stick mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti dongle Android TV yang lain termasuk akses kepada Pembantu Suara dan Gedung Google Play.

Menariknya, peranti ini menyokong pelbagai aplikasi Android termasuk platform penstriman pihak ketiga seperti Disney+ Hotstar. Namun, Netflix pada masa ini tidak disokong. sooka TV Stick menggunakan pelancar tersuai di atas Android TV yang akan menampilkan antara muka serba baharu untuk navigasi.

Setiap pembelian sooka TV Stick akan menerima alat kawalan jauh Bluetooth yang menampilkan keupayaan pengecaman suara. sooka TV Stick dijual pada harga RM349 dan dilengkapi dengan akses premium sebulan, 24 saluran TV percuma, kandungan On Demand terpilih dan akses 3 bulan Disney+ Hotstar.

Para pelanggan yang membeli pakej Pelan Premium 12 bulan pada harga RM579 akan menerima sooka TV Stick tanpa kos tambahan dan akses selama 3 bulan ke Disney+ Hotstar. Pelanggan tidak akan terikat dengan kontrak apabila membeli sooka TV Stick dan boleh menikmati saluran percuma walaupun mereka tidak melanggan sooka.

sooka TV Stick boleh dibeli sekarang di laman rasmi sooka buat masa ini dan akan dijual melalui peruncit sah di seluruh negara dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV Stick, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version