Site icon TechNave BM

Sophia hadir ke delegasi Sidang Kemuncak KL 2019 di KLCC

Inovasi robot kini menjadi bualan hangat dalam pasaran inovasi. Tidak kurang juga syarikat perfileman yang mengambil idea inovasi robot sebagai jalan cerita mereka terutama dalam kelas fiksyen sains.

Robot humanoid paling tersohor di dunia, Sophia, hadir ke delegasi Sidang Kemuncak KL 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada hari ini. Menurut MyMetro, Sophia yang hadir dikatakan menyampaikan sedikit ucapan ringkas mengenai keterujaannya dapat berkongsi dewan yang sama dengan Ketua Negara dari Qatar, Iran, Turki dan Malaysia.

“Saya juga kagum dengan kehadiran pemimpin dunia bersama-sama di Malaysia yang menunjukkan betapa pentingnya perbincangan mengenai pembangunan negara Islam dan umat Islam di seluruh pelusuk.”

“Dengan itu, saya berharap Sidang Kemuncak KL 2019 menghasilkan sesuatu yang produktif”, kata Sophia dalam ucapan ringkasnya yang dipetik daripada MyMetro.

Penampilan robot humanoid ini jarang sekali dapat dilihat di negara Malaysia. Semestinya, kehadiran Sophia mengundang rasa ingin tahu netizen tentang keistimewaannya. Inovasi robotik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan inovasi di negara lain.

Adakah anda ingin bertemu Sophia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi selanjutnya.

Sumber: MyMetro

Exit mobile version