Site icon TechNave BM

Spesifikasi asas Redmi Note 9 5G dan Note 9 Pro 5G kini tertiris sepenuhnya!

Ura-ura atau khabar angin mengenai siri Redmi misteri dengan kamera 108MP bakal berakhir tidak lama lagi. Bermula dengan dakwaan sebagai Redmi Note 10, kini ia dipercayai sebagai siri Redmi Note 9 5G. Terkini, peranti ini muncul di penyenaraian TENAA dan mendedahkan keseluruhan spesifikasi asasnya.

Redmi Note 9 5G berukuran 161.96 x 77.25 x 9.2mm, seberat 200g. Ia bakal dilengkapi cip Dimensity 800U dengan kelajuan 2.4GHz bersama pilihan RAM 4GB/6GB/8GB dan storan 64GB/128GB/256GB. Peranti ini dihuni paparan IPS LCD FHD+ 6.53 inci, bateri 4900mAh (nilai 5000mAh), sokongan cas pantas 22.5W dan Android 10.

Berkenaan kameranya, ia akan dilengkapi rekaan kamera berbentuk bulat yang didiami tiga kamera utama 48MP. Kamera swafotonya pula adalah 13MP.

Redmi Note 9 5G
Redmi Note 9 Pro 5G

Redmi Note 9 Pro 5G pula sebenarnya adalah Mi 10T Lite yang ditukar beberapa spesifikasi kecilnya. Ia berukuran 165.4 x 76.9 x 9mm, seberat 214.5 dan dilaporkan mungkin hadir dengan Snapdragon 750G. Penyenaraian ini mendedahkan pilihan RAM 6GB/8GB/12GB dan storan 64GB/128GB/256GB. Turut serta adalah bateri 4,820mAh, cas pantas 33W dan paparan 6.67 inci FHD+. Melihat kepada paparannya, inilah peranti yang mempunyai skrin adaptif 120Hz.

Redmi Note 9 Pro 5G ini juga didakwa sebagai peranti yang memiliki kamera 108MP. Menurut penyenaraian, ia dilengkapi kamera swafoto 16MP. Peranti-peranti ini bakal hadir dengan pelbagai pilihan warna seperti merah, biru, hitam, putih, ungu, merah jambu dan kelabu di pasaran China terlebih dahulu.

Adakah anda teruja dengan siri Redmi Note 9 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia utnuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version