Site icon TechNave BM

Spesifikasi ASUS ROG Phone 5 muncul di Geekbench, mungkin dilengkapi RAM 16GB

Telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 5 yang mempunyai nombor model ASUS_I005DA kini sudah mempunyai markah dalam perkhidmatan penanda aras (benchmark) Geekbench. Dalam beberapa ujian untuk telefon itu, markah tertinggi menunjukkan 1,131 untuk ujian teras tunggal dan 3,729 untuk markah multi-teras.

Geekbench juga menunjukkan bahawa ASUS ROG Phone 5 akan dilengkapi RAM 16GB, sistem operasi Android 11 dan CPU “lahaina” iaitu kod nama untuk Snapdragon 888. Sebagai siri telefon pintar yang terkenal dengan spesifikasi tercanggih, ini adalah spesifikasi yang boleh dijangkakan untuk ROG Phone 5.

Di luar Geekbench, ROG Phone 5 dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci 144Hz, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 65W dan tiga kamera termasuk kamera utama 64MP. Ia dijangka akan dilancar lebih awal berbanding telefon ROG sebelum ini dan gambar awalnya sudah pun terdapat dalam laman web TENAA.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench

Exit mobile version