Sebelum ini, terdapat laporan tentang imej janaan ASUS Zenfone 10 tertiris yang menunjukkan reka bentuknya. Kini, spesifikasi peranti itu turut tertiris hanya beberapa hari sebelum pelancarannya iaitu pada 29 Jun ini. Sumber mendakwa bahawa Zenfone 10 akan menampilkan paparan AMOLED 120Hz 5.9 inci dengan resolusi FHD+.
Selain itu, peranti ini akan ditawarkan dengan pilihan RAM 8GB atau 16GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB. Baterinya akan berkapasiti 5,000mAh namun tidak disebutkan mengenai kelajuan pengecasan dan hadir dengan pengecasan wayarles. Zenfone 10 akan dilengkapi Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.
Daripada segi kamera, kamera swafoto akan mempunyai sensor 32MP manakala bahagian belakang mempunyai persediaan dwi-kamera ultra lebar utama 200MP + 8MP. Terdapat juga bicu audio 3.5mm di mana ia sesuatu yang jarang ditemui dalam peranti andalan hari ini.
Spesifikasi lain yang ketara termasuk penarafan IP68, bingkai logam dengan belakang plastik dan lima pilihan warna. Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 29 Jun ini untuk mengetahui spesifikasi penuh.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: WinFuture

