Site icon TechNave BM

Spesifikasi Black Shark 5 tertiris, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 888+

Beberapa hari lalu, Black Shark Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming Black Shark 4 Pro bakal dilancar pada 17 Januari nanti. Sungguh pun begitu, peminat Black Shark tempatan mungkin akan lebih menanti Black Shark 5 yang dilengkapi spesifikasi lebih canggih.

Menurut pengkhabar berita teknologi di Weibo, Black Shark 5 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 888+, skrin E4 AMOLED 144Hz dengan kadar bacaan sentuhan 720Hz, bateri 4,600mAh, pengecasan pantas 120W, RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 256GB.

Spesifikasi ini sebenarnya adalah serupa dengan Black Shark 4 Pro kecuali pada cipsetnya, di mana Black Shark 5 bakal dilengkapi Snapdragon 888+ dan bukannya Snapdragon 870.

Untuk cipset yang lebih terbaru pula, varian Black Shark 5 Pro dikhabarkan bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin beresolusi QHD+ dengan kadar 144Hz dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancaran Black Shark 5. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version