Site icon TechNave BM

Spesifikasi bocor, realme C3 sah dilancarkan pada 6 Februari

Dari gambar yang diperlihatkan di flipkart.com, ternyata segala teka-teki berhubung realme C3 akan terjawab dimana telefon pintar itu sah akan dilancarkan pada 6 Februari, jam 12.30 tengahari waktu India.

Seperti yang dijangkakan, telefon pintar tersebut akan dilengkapi dengan cipset Mediatek Helio G70 serta menawarkan memori 3GB+32GB dan 4GB+64GB. Paling menarik peranti ini akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang mana paling besar pernah diletakkan pada siri-C dan ianya mampu bertahan sehingga 30 hari.

Selain itu, realme C3 juga akan mempamerkan paparan takuk titisan air (waterdrop notch) 6.5-inci HD+ serta sistem dwi-kamera belakang seperti model terdahulu dengan kamera dipertingkat kepada 12MP. Walau bagaimanapun, masih tiada lagi maklumat rasmi mengenai tarikh keluaran di pasaran Malaysia dan harga tempatan buat masa ini.

Bagi mengetahui spesifikasi penuh dan juga harga jualan untuk model realme C3, nantikan laporan daripada TechNave BM pada hari pelancarannya nanti. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini!

Exit mobile version