Site icon TechNave BM

Spesifikasi cip Qualcomm Snapdragon 775/788 tertiris! Cip 5nm, sokongan LPDDR5

Setelah Snapdragon 888 dikeluarkan oleh Qualcomm, peminat industri telefon pintar pastinya menjangkakan barisan cipset terbaru lain termasuklah cipset kelas pertengahan premium. Spesifikasi mengenai Qualcomm Snapdragon 775 kini tertiris dalam talian.

Menurut sumber, cipset kelas pertengahan premium ini adalah cipset dengan proses 5nm. Namanya masih lagi belum rasmi dan setakat ini, ia dirujuk sebagai Snapdragon 775. Tidak mustahil juga untuk Qualcomm menamakannya Snapdragon 788!

Cipset 5nm ini akan menyokong LPDDR5 3200MHz, LPDDR4X 2400MHz dan storan UFS 3.1 Two-Lane HS Gear 4. Dari segi kamera, ia dilengkapi Spectra 570 dan menyokong rakaman video sehingga 4K60. Cip ini turut menyokong operasi lensa 28MP+28MP+28MP dalam waktu yang sama. Anda boleh melihat keseluruhan spesifikasi tertiris seperti dalam gambar di atas.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak Qualcomm sendiri. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version