Site icon TechNave BM

Spesifikasi cipset ‘flagship’ Snapdragon 875 memungkinkan harga peranti ‘flagship’ jadi lebih berpatutan

Jolokan gelaran cipset flagship adalah sinonim dengan cipset Snapdragon 865 pada tahun ini. Terdapat beberapa barisan telefon pintar yang telah dilancarkan dan bakal dilancarkan dengan cipset tersebut. Selain penghasilan cipset tersebut, Qualcomm turut dilaporkan membina cipset Snapdragon 875, pelopor seterusnya untuk prestasi operasi flagship.

Beberapa butiran maklumat mengenai Snapdragon 875 kini telah muncul, tampil dengan ciri asas menonjol seperti sokongan 5G. Snapdragon 875 dihuni modem Snapdragon X60 5G yang dilaporkan bakal menurunkan kos keseluruhan cipset ini. Ia juga dilengkapi CPU Kryo 685 yang dibangunkan oleh teknologi Arm v8 Cortex dan GPU Adreno 660. Anda boleh melihat spesifikasi (tidak rasmi) Snapdragon 875 setakat ini di bawah.

Apa yang menariknya disini, jika maklumat di atas adalah benar, peranti yang dikuasai cipset ini akan menghasilkan grafik, gambar dan video dengan resolusi yang lebih tinggi. Sebenarnya, kami tidak sabar untuk menerima khabar angin mengenai peranti yang akan dihuni cipset ini. Jika ada, kita akan dapat mengetahui peranti manakah yang akan berlumba dalam mempelopori arena flagship telefon pintar.

Apakah jangkaan anda mengenai cipset ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version