Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan gambar bayangan Huawei Watch GT 2e kini muncul, dengan warna bergaya!

Di sebalik barisan khabar angin dan berita mengenai siri Huawei P40, sumber melaporkan terdapat khabar angin bahawa Huawei bakal mengumumkan jam tangan pintar. Bukan itu sahaja, sumber turut mendedahkan beberapa gambar Huawei Watch GT 2e kepada kita!

Melalui pendedahan gambar ini, anda dapat melihat pilihan warnanya seperti Craphite Black, Mint Green dan Volcano Red. Pilihan warna ini agak sporty pada pandangan kami! Sesuai dengan imej sporty, anda juga boleh melihat tali jam tangan (band) yang jelas memaparkan reka bentuk lasak dan kemas. Jika anda mengenali Huawei Watch GT2, anda tahu bahawa reka bentuk badan Watch GT 2e agak sama dengan Watch GT2.

Sumber turut melaporkan tentang beberapa spesifikasi Watch GT 2e seperti paparan AMOLED berukuran 1.39 inci dengan piksel beresolusi 454 x 454. Jam tangan pintar ini turut dihuni cipset Hi1132 bersama bateri 455mAh dan monitor degupan jantung. Turut serta, RAM 16MB dan storan 4GB.

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Kami akan mengemaskini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda peminat jam tangan pintar? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version