Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan gambar Redmi 10 tertiris, bermula ~RM776

Telefon pintar Redmi 10 secara tidak sengaja telah tertiris melalui sebuah laman sesawang peruncit di Singapura. Laman web Courts itu mengalami masalah dalam penyenaraian produk tetapi berjaya dipulihkan semula.

Melalui maklumat yang diperoleh, peranti ini mempunyai empat kamera di bahagian belakang dengan sensor kamera utama 50MP dan dilengkapi dengan reka bentuk kemasan perak seperti Mi 10 Ultra.

Redmi 10 akan dikuasakan oleh cipset terbaharu Mediatek iaitu Helio G88, CPU octa-core, dua teras Cortex-A75 pada 2.0GHz, RAM 6GB, penyimpanan storan 128GB, paparan antara pemuka MIUI 12, sistem operasi Android 11, bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan bicu audio 3.5 mm.

Pada bahagian hadapan peranti ini memiliki LCD 6.5 inci dengan resolusi Full HD+, kadar penyegaran semula 90Hz dan kamera swafoto 8MP yang berada di bahagian tengah atas. Bahagian belakang peranti ini pula mempunyai kamera ultra-lebar 8MP serta dua kamera 2MP untuk makro dan potret.

Redmi 10 disenaraikan dengan harga SGD249 (~RM776). Walaupun masih belum dilancarkan, ia akan tersedia dalam warna kelabu, putih, dan biru.

Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version