Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan gambar Samsung Galaxy Quantum2 (mungkin Galaxy A82) terbocor dalam talian

Samsung Galaxy A80 telah dilancarkan pada tahun 2019 dengan kamera pusing yang sangat unik. Kini, sumber terbaru menyatakan generasi baru Galaxy A80 (mungkin Galaxy A82) akan menjadi versi global untuk sebuah telefon istimewa Samsung.

Di korea selatan, telefon ini akan diberi nama Samsung Galaxy Quantum2 dan ianya adalah eksklusif untuk syarikat telekomunikasi SKT. Beberapa gambar peranti ini telah tertiris di dalam talian dengan reka bentuk biasa, berbeza dengan Samsung Galaxy A80 yang lalu.

Galaxy Quantum2 dilihat tidak menggunakan kamera lipat yang ada pada Galaxy A80. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan skrin 6.7 inci Super AMOLED 120Hz dan ciri kalis air IP67. Selain itu, ia juga menggunakan kamera 64MP OIS dengan sensor Sony IMX686 bersama dua lagi kamera. Peranti ini juga dilengkapi bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Sebelum ini, Galaxy A82 telah muncul dalam talian dengan cipset Snapdragon 855+. Namun, ia mungkin adalah sebuah kesilapan dan sebenarnya merujuk kepada cipset Snapdragon 860 yang baru. Telefon ini juga dikhabarkan akan menyokong 5G.

Samsung dan SKT akan melancarkan Galaxy Quantum2 pada 23 April ini. Sehingga kini, tiada lagi tarikh rasmi bila peranti ini akan memasuki pasaran global dengan nama Galaxy A82.

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version