Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan gambar terkini Sony Xperia 1 II, sebuah peranti 5G dengan prestasi untuk gaming

Siri Xperia merupakan siri yang telah dikenali oleh penggemar teknologi di Malaysia. Sony masih mengekalkan siri Xperia ini dengan mengaplikasikan teknologi terkini selari dengan arus perkembangan telefon pintar. Terkini, penggiat teknologi @MaxWinebach telah mendedahkan spesifikasi Sony Xperia 1 II di akaun Twitternya.

Sony Xperia 1 II dilaporkan bakal hadir dengan Snapdragon 865 5G. Terang lagi bersuluh, peranti ini merupakan peranti yang menyokong 5G. Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah ia bakal hadir dengan paparan 6.5 inci OLED HDR 4K dengan ‘Motion Blur Reduction’. ‘Motion Blur Reduction’ ini dikatakan sama seperti kebaikan kadar segar semula 90Hz. Anda boleh melihat spesifikasi lain di dalam gambar di bawah.

Kelihatannya, Sony Xperia 1 II merupakan sebuah peranti yang berprestasi untuk gaming. Anda dapat melihat ia mempunyai beberapa sokongan untuk gaming seperti Elite Gaming, Game Enhancer, penyambungan langsung DualShock 4 dan lain-lain. Satu lagi berita gembira, ia bakal hadir dengan bicu audio 3.5mm kesukaan ramai!

Apa pun, kami masih bingung tentang cara untuk menyebut ‘1 II’ dalam namanya, Sony Xperia 1 II. Sumber menyatakan bahawa dia menyebutnya seperti ini; ‘Sony Xperia 1 mark 2’. Kongsikan cara anda menyebutnya di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: @MaxWinebach

Exit mobile version