Site icon TechNave BM

Spesifikasi dan harga realme Pad tertiris, bakal dilengkapi skrin 10.4 inci dan bateri 7,100mAh

realme sudah pun mengesahkan kewujudan tablet realme Pad pada bulan Jun lalu namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Kini, spesifikasi untuk tablet itu telah pun tertiris.

Menurut sumber, bentuk realme Pad akan mempunyai ukuran 246.1×155.8×6.8mm iaitu agak nipis untuk sebuah tablet. Skrinnya pula berukuran 10.4 inci dan mempunyai panel IPS yang menyokong penggunaan stilus.

Untuk spesifikasi dalaman pula, realme Pad dilengkapi RAM 6GB, storan dalaman 64GB dan bateri 7,100mAh. Tablet ini dijangka akan dijual pada harga bermula USD309 (~RM1,306).

Sebelum ini, rupa realme Pad telah pun tertiris di mana ia mempunyai rekaan belakang yang agak unik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version